Inspiring Quotes, Inspiration Quotes, Inspiring Sayings

Tuesday, November 25, 2014

Menerapkan Kepimpinan Kepada Pelajar

Buat pertama kali selepas tamat program master, geng master kepimpinan dari TGB telah menjayakan satu program kepimpinan untuk 100 pelajar pelajar-pelajar BWP (Badan Wakil Pelajar), LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) dan juga BADAR. Program selama satu hari ini melibatkan 10 fasilitator yang terdiri daripada guru-guru penasihat ketiga-tiga badan ini. Program ice breaking, latihan dalam kumpulan dan ceramah mengenal diri sebagai pemimpin adalah antara agenda program ini. Soal selidik juga diedarkan kepada para pelajar bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan agar boleh diperbaiki pada masa akan datang.

Respons pelajar...mereka rasa seronok dan mahukan program seperti ini pada masa akan datang tetapi diadakan di luar dan melibatkan lebih ramai pelajar lagi. Insya Allah pada masa akan datang..jika ada masa yang lebih panjang....program yang lebih baik boleh dilaksanakan kepada para pelajar agar boleh berkongsi sedikit ilmu yang ada dan diperolehi dari kursus master ini,

Sunday, May 12, 2013

Model Sekolah Berkesan


Anda telah diberikan beberapa model  penambahbaikan sekolah (adanya hubungan 

antara memajukan bilik darjah dengan school-wide improvement).  Seterusnya anda 

diminta  untuk memberikan pendapat anda bagaimana penambahbaikan sekolah boleh 

dilaksanakan di sekolah anda dengan model-model ini. 

___________________________________________________________

Terdapat banyak model bagi pembentukan sekolah berkesan yang boleh diaplikasikan ke dalam sekolah bagi menghasilkan sekolah berkesan. Pengkaji-pengkaji juga telah mendapati keberkesanan sesebuah sekolah di sebabkan oleh beberapa faktor di mana di antaranya peranan pemimpin, iklim dan budaya sekolah, hubungan dengan komuniti luar, peranan dan tingkah laku guru, pengurusan bilik darjah dan sebagainya. 

Saya berpendapat bagi penambahbaikan sekolah dilaksanakan di maktab saya, gabungan beberapa model boleh dilakukan. Misalnya model Hallinger  bagi meningkatkan kepimpinan instruksional sesebuah sekolah berkesan. Mortimore pula telah membuat tinjauan dan dapatan dari penyelidikannya telah menggariskan 11 ciri sekolah berkesan di mana di antaranya kepimpinan profesional, perkongsian wawasan dan tujuan, persekitaran pembelajaran, tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, pengajaran yang bertujuan, jangkaan kejayaan yang tinggi, pengukuhan yang positif, memantau kemajuan, hubungan rumah-sekolah dan organisasi pembelajaran. Kesemua ciri-ciri telah pun dilaksanakan di MRSM saya di mana dari segi kepimpinan profesional, kami mempunyai konsep musyawarah di dalam membuat sesuatu keputusan, kepimpinan pihak pentadbiran yang profesional dan mengamalkan kepimpinan instruksional, di mana merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah melalui laporan dan intervensi guru, dan juga sentiasa membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ini juga selaras dengan model Hallinger berkaitan kepimpinan instruksional. 

Di dalam aspek bilik darjah, berdasarkan Model Keberkesanan Sekolah Pelbagai Aras, Creemers (1991), menyatakan asas kepada model tersebut ialah proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebab pertama kepada asas tersebut ialah pembolehubah-pembolehubah di bilik darjah bertanggungjawab menjelaskan kepada semua perbezaan terhadap pencapaian murid berbanding dengan pembolehubah pada peringkat sekolah. Sebab kedua ialah punca hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah pada peringkat bilik darjah dan pada peringkat murid boleh ditunjukkan secara khusus daripada teori pembelajaran Model Bloom (1979) dan Model Caroll (1963, 1989) 

Daripada 11 ciri sekolah berkesan yang dinyatakan oleh Mortimore, terdapat 7 ciri yang berkaitan dengan penambahbaikan sekolah di dalam segi hubungan memajukan bilik darjah. Ciri berkenaan di antaranya ialah persekitaran pembelajaran, tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, pengajaran yang bertujuan, pengukuhan positif, jangkaan kejayaan yang tinggi, memantau kemajuan serta hak dan tanggungjawab pelajar. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan bilik darjah. Manakala 10 dari 11 ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore merupakan ciri dala sekolah yang lebih bertumpukan proses daripada konteks. Hanya ciri hubungan sekolah-ruman merupakan ciri luaran sekolah. Oleh itu, penyelidikan berkesan sekolah menunjukkan lebih banyak varian keberkesanan disebabkan oleh faktor dalaman sekolah. Justeru itu, bagi tujuan penambahbaikann sekolah, kita seharusnya menumpukan tindakan yang lebih kepada faktor-faktor dalaman berbanding dengan faktor konteks. 

Ini bertepatan dengan Kerangka Komprehensif  Penambahanbaikan Sekolah oleh Creemers dan  Reezigt (2005) di mana menggabungkan keberkesanan sekolah dan penambahahbaikan sekolah di dalam Program Keberkesanan Sekolah (ESI).


Faktor Konteks
Terdapat tiga faktor yang berkaitan dengan konteks, iaitu 
1. Tekanan untuk berubah adalah lebih tinggi yang dihadapi oleh sekolah semasa mula ingin membuat penambahbaikan.  Ini termasuklah tekanan dari mekanisme pasaran di mana MRSM perlu bersaing dengan sekolah kementerian dan sekolah antarabangsa yang ada bagi menyediakan pendidikan yang terbaik. Maktab perlu mendefinisikan apa penambahbaikan yang diperlukan, usaha yang diperlukan bagi menjayakan penambahbaikan berkenaan dan menilai sama ada ianya berjaya atau tidak. 
2. Keperluan sumber merupakan faktor konteks yang penting di mana penambahbaikan sekolah. Bagi memastikan penambahbaikan efektif, sumber seperti kewangan, material, kelengkapan adalah diperlukan selain sokongan dari pihak luar seperti pihak ibu bapa.
3. Output ataupun hasil penambahbaikan sesebuah sekolah perlulah selari dengan matlamat pendidikan yang ingin dicapai di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Faktor Sekolah
Faktor sekolah juga memainkan peranan penting di dalam penambahbaikan dan keberkesanan sekolah di mana ianya melibatkan proses-proses yang dilakukan oleh sekolah untuk mencapai keberkesanan penambahbaikan sekolah. Tiga konsep yang terlibat ialah budaya penambahbaikan, proses penambahbaikan dan penambahbaikan dari segi output. 

Saya berpendapat model ini boleh dilaksanakan di maktab dan sesetengahnya sudah pun dilaksanakan tanpa menyedari ianya berdasarkan model oleh Creemes dan Reezigt ini.