Inspiring Quotes, Inspiration Quotes, Inspiring Sayings

Thursday, February 28, 2013

Kepimpinan dan Penambahbaikan Sekolah

Hari ini saya ingin berkongsi dengan satu buku yang sesuai untuk bahan bacaan tambahan bagi kursus YXGA 6112. Boleh dibeli di kedai-kedai buku seperti Popular. Sementara dah dapat baucer buku, boleh lah manfaatkan kegunaannya. 

Buku bertajuk Kepimpinan dan Penambahbaikan Sekolah ini merupakan terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Di tulis oleh Abdul Ghani bin Abdullah. Beliau merupakan pensyarah Pengajian Ilmu Pendidikan di Universiti Sains Malaysia.

Abstrak 
Seperti yang termaktub dalam Projek Penambahbaikan Sekolah Antarabangsa (International School Improvement Project), penambahbaikan sekolah didefinisikan sebagai usaha yang sistematik dan berterusan ke arah perubahan dalam situasi pembelajaran bagi mencapai objektif-objektif pendidikan dengan lebih berkesan. 

Buku ini mengupas pandangan dan perspektif alternatif mengenai kepimpinan dan penambahbaikan sekolah dengan tujuan memberi pandangan kontemporari tentang bagaimana melaksanakan penambahbaikan secara efektif. Antara tajuk yang dibincangkan adalah:
 * Perubahan konteks kepimpinan bagi melestari penambahbaikan sekolah
*  Penambahbaikan Sekolah
*  Kepimpinan Guru dan Penambahbaikan Sekolah
*  Meningkatkan Keupayaan Guru Melalui Pemantauan dan Penilaia
* Mendiagnosis perubahan penambahbaikan sekolah 
* Menjana penambahbaikan sekolah melalui pengajaran berkesan 
* Penambahbaikan sekolah melalui pengajaran reflektif 
* Pembangunan teori kajian penambahbaikan sekolah 

dan banyak lagi........


Tuesday, February 26, 2013

Santapan minda



"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."




Bertatih mencari rentak perjalanan

YXGA 6112 bermula dengan teka teki. Siapakan pensyarahnya, apakah bentuk kursus yang akan dijalani, apakah perkara baru yang akan diperolehi...banyak persoalan seiring dengan tugas hakiki yang tidak akan pernah selesai. Bermula kelas dengan suasana yang ceria dan penuh dengan soalan-soalan dan jawaban yang bernas dari pensyarah. Kelas berjalan lancar sehingga ke akhirnya. Rasa penuh dengan semangat untuk menghabiskan kursus dengan cemerlang. Bagaimanapun....bila pulang ke maktab..terasa berada di dunia lain. Objektif dan tumpuan bertukar 360 darjah. Mind set tentang tugasan bagi setiap kursus yang diberikan oleh pensyarah seaakan pudar dari fikiran. Bagaimanapun, terasa datang semula semangatnya bila melihat rakan-rakan lain yang begitu bersemangat...memulakan tugasan masing-masing. Jika orang lain boleh, tidak ada yang mustahilnya juga untuk boleh juga. Cuba..cuba..dan cuba...cari masa...dan ketika..buatlah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik..walaupun bertatih ..Insya Allah sampai ke destinasi yang diimpikan..