Hari ini saya ingin berkongsi dengan satu buku yang sesuai untuk bahan bacaan tambahan bagi kursus YXGA 6112. Boleh dibeli di kedai-kedai buku seperti Popular. Sementara dah dapat baucer buku, boleh lah manfaatkan kegunaannya.

Abstrak
Seperti yang termaktub dalam Projek Penambahbaikan Sekolah Antarabangsa (International School Improvement Project), penambahbaikan sekolah didefinisikan sebagai usaha yang sistematik dan berterusan ke arah perubahan dalam situasi pembelajaran bagi mencapai objektif-objektif pendidikan dengan lebih berkesan.
Buku ini mengupas pandangan dan perspektif alternatif mengenai kepimpinan dan penambahbaikan sekolah dengan tujuan memberi pandangan kontemporari tentang bagaimana melaksanakan penambahbaikan secara efektif. Antara tajuk yang dibincangkan adalah:
* Perubahan konteks kepimpinan bagi melestari penambahbaikan sekolah
* Penambahbaikan Sekolah
* Kepimpinan Guru dan Penambahbaikan Sekolah
* Meningkatkan Keupayaan Guru Melalui Pemantauan dan Penilaia
* Mendiagnosis perubahan penambahbaikan sekolah
* Menjana penambahbaikan sekolah melalui pengajaran berkesan
* Penambahbaikan sekolah melalui pengajaran reflektif
* Pembangunan teori kajian penambahbaikan sekolah
dan banyak lagi........
3 comments:
Saya sempat meninjau model pengajaran berkesan yang menurut penulis melalui 3 peringkat iaitu permulaan, peringkat psikologi dan peringkat pedagogi. Pada peringkat pedagogi terasa kurangnya saya dalam memaksimumkan ALT. Apa yang pasti di MRSM Tawau yang guru-gurunya serba baharu peringkat ini memerlukan latihan amali yang khusus khasnya dan kepada pihak BPM sudah tiba masanya "experimen raja gopal " dihentikan dengan menghantar guru-guru terlatih terutama ke MRSM yang baharu seperti Tawau. Nak harapkan guru lama seperti saya ni, masalah sendiri pun belum selesai lagi. Apa kata ...?
Dengan perkongsian idea antara guru2 di kalangan MRSM di dalam subjek dan inter subjek membolehkan byk strategi dan teknik P & P boleh dipelbagaikan. Zaman dimana seorang guru mrasakan bhn P & P sebagai haknya yang eksklusif telah berlalu....
Utk cabaran pejuang bahasa-anda lah yg hrs melaksanakan tjwb ini. Pimpin & bimbing guru2baru ini dgn menggunakan pelbagai pendekatan utk bangkit jd sekolah terbaik!
Post a Comment