Ulasan Artikel 5 : Model Hubungan Sekolah Dan Komuniti Bagi Peningkatan
Proses Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Cadangan oleh Ahmad Zabidi Abdul
Razak dan Mariani Md Nor, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Pendahuluan
Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan
sahaja bergantung pada kekuatan sumber
manusia dan sumber yang terdapat di sekolah malah melibatkan komuniti setempat.
Pengkaji mendapati kerja sama yang erat antara sekolah dan masyarakat akan
meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah. Jawatankuasa
yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti salah
satu aspek yang penting dalam peningkatan taraf pelajaran di Malaysia ialah
melalui kerjasama masyarakat dalam pembangunan sekolah. Penubuhan PIBG melalui Akta Pendidikan 1996 menunjukkan
pentingnya peranan komuniti bagi membantu kecemerlangan sekolah.
Ulasan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan
signifikan hubungan di antara sekolah dengan komuniti. Pengkaji mendapati amat
penting untuk sekolah melaksanakan hubungan di antara sekolah dan komuniti. Bagaimana
pun terdapat cabaran di dalam melaksanakan konsep hubungan sekolah dan
komuniti. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah amat terhad kepada projek-projek
kecil seperti gotong-royong dan mengutip derma. Ini disebabkan oleh beberapa
faktor seperti tekanan kerja dan masalah kewangan yang lebih penting dari
keperluan emosi dan pelajaran anaknya menyebabkan tidak semua ibu bapa boleh
menghabiskan masa melibatkan diri dengan aktiviti di sekolah.
Kertas ini juga telah mengutarakan Model
Penglibatan Ibu Bapa oleh Hoover-Dempsey dan Sandler (1995, 1997). Model ini mengenal pasti tiga faktor kritikal
dalam menentukan penglibatan ibu bapa iaitu
a.
Kepercayaan
ibu bapa tenang keperluan merekan melibatkan diri dalam pendidikan
anak-anak
mereka
b.
Efikasi
kendiri ibu bapa – mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran
c.
Sikap
terbuka sekolah terhadap ibu bapa.
Model ini menunjukkan hubungan sekolah dan
komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan
agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain
bagi mewujudkan hubungan harmoni. Masalah berkaitan sekolah dan ibu bapa perlu
diatasi bagi memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa berkomunikasi dengan
berkesan bagi mencapai tujuan bersama iaitu memastikan kejayaan anak-anak di
dalam pelajaran.
Menurut Berger (1983), terdapat 5 kumpulan ibu
bapa yang perlu diketahui oleh pihak sekolah iaitu:
a.
Ibu bapa
mengelak dari sekolah
b.
Ibu bapa
perlu galakan untuk datang ke sekolah
c.
Ibu bapa
sukarela datang jika dijemput
d.
Ibu bapa
komited dan berasa seronok melibatkan diri
e.
Ibu bapa
suka menonjolkan kuasa dan pengaruh di sekolah
Berdasarkan itu, pihak pengurusan sekolah harus
memainkan peranan sebagai “morale builder program designer and program
coordinator” dengan mengamalkan dasar pintu terbuka, menyediakan bilik
pertemuan dengan ibu bapa, menyelaras mesyuarat dan bengkel dengan ibu bapa,
dan memberikan sokongan kepada
PIBG. Para guru boleh bertindak sebagai
fasilitator, kaunselor, penyelaras program dan sumber serta kawan kepada ibu
bapa. Kedua pihak ibu bapa dan guru perlu bersikap terbuka dalam usaha bagi
memperbaiki keputusan anak dan murid masing-masing. Dengan menjemput ibu bapa
ke sekolah membolehkan komunikasi dua hala yang efektif berlaku dan seterusnya
mewujudkan kerjasama dan respon dari pihak ibu bapa.
Kesimpulan
Rumusannya, bolehlah dikatakan pengenalan model
hubungan sekolah dan komuniti ini adalah merupakan cadangan bagi
pertukaran idea serta perkongsian bijak
antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi faedah bersama.
No comments:
Post a Comment