Sistem
pendidikan yang terbaik dikatakan berada di Finland. Secara tiba-tiba nama
Finland melonjak dan menjadi sebutan. Semua negara termasuk Malaysia juga ingin
mengetahui rahsia bagaimana Finland dari sebuah negara yang tidak dikenali
menjadi satu negara yang disebut di persada dunia pendidikan. Bagaimanakah ia
berlaku? Apa yang boleh kita belajar untuk memartabatkan pendidikan di
Malaysia.
Dari artikel“Finish
Lesson” oleh Pasi Sahlberg yang merupakan Director General CIMO (Ministry of
Education)Helsinki, saya dapati Finland telah melakukan transformasi pendidikan
pada seawal tahun 1990an. Beberapa faktor yang membolehkan perkara itu berlaku,
di antaranya ialah memartabatkan profesion perguruan. Di sana, calon-calon guru
walaupun untuk sekolah rendah, dipilih dari pelajar yang terbaik di negaranya,
dan semua guru-gurunya mempunyai sekurang-kurang sarjana pendidikan serta
kerjaya perguruan merupakan kerjaya yang dihormati. Guru-guru bagi setiap
peringkat bermula tadika, prasekolah, sekolah rendah, dan sekolah tinggi
mempunyai kelayakan akademik yang berbeza. Guru-guru sekolah menengah di
Finland merupakan guru-guru yang mengambil kursus perguruan di universiti
kerana telah mempunyai kecenderungan untuk menjadi guru.
Selain itu, di
dalam artikel itu, beliau menyatakan “Less is More”. Guru-guru di Finland mengajar
kurang masa setahun di dalam kelas berbanding guru-guru dari negara luar,
pelajar-pelajar di Finland belajar kurang masa berbanding negara luar lain dan
yang paling penting, kurang ujian dan peperiksaan tetapi belajar lebih.
Pembelajaran pula bersifat holistik (menyeluruh), ada “personalization” di mana setiap pelajar
dilayan berbeza mengikut keperluan mereka dan bukannya “standardisation,
pembelajaran itu bersifat kolaborasi dan bukannya persaingan. Selain itu
pembelajaran adalah ekuiti untuk semua pelajar, dan bukannya pilihan. Antara
faktor lain ialah, Finland telah menerapkan dan menyuburkan budaya “Trust”
iaitu kepercayaan. Perlu ada kepercayaan “Trust” antara pihak berkuasa
pendidikan dengan sekolah, kepercayaan dari guru dengan pelajar-pelajarnya dan
bukannya bertujuan untuk mengawal serta keperluan kepercayaan pentadbir kepada
guru-guru yang mengajar di kelas. Guru-guru mempercayai satu sama lain dan
masyarakat serta stake holder tidak mempersoalkan cara pengetua mengurus dan
mentadbir sekolah. Bagaimanapun beliau juga menambah ada banyak lagi faktor
kejayaan pendidikan di Finland yang masih lagi belum diketahui.
Pendidikan di
Malaysia pula masih lagi mementingkan pencapaian yang dicapai pada peperiksaan
akhir. Peperiksaan yang dilakukan seperti ujian bulanan dan peperiksaan akhir
tahun digunakan untuk mengukur keupayaan dan kefahaman pelajar. Guru-guru
bertungkus-lumus menghabiskan silibus dengan cepat dan teknik P &P yang
digunakan lebih bertumpu kepada “chalk and talk”. Ini semua bagi memastikan guru ada banyak masa untuk membuat
persiapan kepada pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan akhir seperti
latih tubi dan sebagainya.
Saya
berpendapat, sistem pendidikan kita juga sedang mengalami transformasi. Kementerian
pendidikan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah menggariskan
strategi pelaksanaan, pelan tindakan dan indikator pencapaian bagi membangunkan
modal insan antaranya melalui Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Antara fokus SPPK adalah memantapkan sistem
pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik, mengkaji semula sistem
pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan dan memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan
penilaian. Kesemua fokus ini telah mula dilaksanakan mulai tahun 2008 dan guru
sebagai pelaksana perlu berani untuk berubah dan peka terhadap perkembangan dan keperluan
dalam sistem pendidikan serta berusaha meningkatkan diri dengan pengetahuan dari
segi isi kandungan dan pedagogi, menambah kemahiran baru seperti ICT serta
mengubah sikap bagi memastikan pelajar yang menjadi anak didik kita menjadi
pelajar yang cemerlang secara menyeluruh.
No comments:
Post a Comment